Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (MASSMIYT) merupakan sebuah kejohanan sukan tahunan yang menghimpunkan semua sekolah Menengah Imtiaz di bawah naungan Yayasan Terengganu. Tujuan utama penganjuran MASSMIYT adalah untuk mencungkil bakat sukan dalam kalangan pelajar, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh jalinan ukhuwah antara warga Imtiaz dari seluruh daerah.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, MASSMIYT telah berkembang menjadi satu platform yang dinanti-nantikan oleh para pelajar, guru serta komuniti Imtiaz. Kejohanan ini melibatkan pelbagai jenis acara sukan dan dikendalikan secara giliran oleh tuan rumah yang terdiri daripada sekolah-sekolah Imtiaz di setiap daerah.
Setiap tahun, pasukan lelaki dan perempuan dari pelbagai daerah akan bersaing untuk merebut gelaran Johan Keseluruhan, dengan rekod pemenang yang mencerminkan kehebatan dan konsistensi pasukan masing-masing.
Berikut adalah senarai tuan rumah MASSMIYT sejak 2015 hingga 2025:
2015: Besut
2016: Kemaman
2017: Kuala Terengganu
2018: Zon A - Besut | Zon B - Dungun | Pusingan Akhir - Kuala Berang
2019: Kemaman
2020: Dungun
2022: Besut
2023: Kuala Terengganu
2024: Kuala Berang
2025: Setiu (MASSMIYT Tahun Ke-10)
Kejohanan ini bukan sahaja medan persaingan sihat, tetapi juga platform pengukuhan jati diri, semangat berpasukan dan sahsiah diri dalam kalangan pelajar-pelajar Imtiaz.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, SM Imtiaz YT Setiu diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (MASSMIYT) Kali Ke-10 Tahun 2025. Kejohanan ini bakal menyaksikan persaingan sihat antara lapan buah sekolah Imtiaz dari lapan daerah dalam pelbagai acara sukan yang menguji ketahanan fizikal, mental, dan semangat kesukanan.
Kami amat berbesar hati menerima kehadiran semua kontinjen, pegawai, jurulatih serta penyokong dari seluruh negeri Terengganu. Semoga kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengasah bakat sukan, tetapi juga mengukuhkan ukhuwah, disiplin, serta nilai murni dalam kalangan pelajar Imtiaz.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Terengganu, para penaja, guru-guru, serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan kejohanan ini. Sokongan dan kerjasama anda semua amat kami hargai.
Akhir kata, semoga MASSMIYT 2025 berlangsung dengan jayanya dan menjadi kenangan indah buat kita semua. Selamat bertanding dan berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi!
βBersukan Membentuk Peribadi, Berilmu Menjana Prestasiβ
(PN. HAJAH SITI HALIMAH BT. SIDEK)
Pengetua,
SM Imtiaz YT Setiu
SM IMTIAZ YT BESUT
SM IMTIAZ YT KUALA TERENGGANU
SM IMTIAZ YT KEMAMAN
SM IMTIAZ YT DUNGUN
SM IMTIAZ YT KUALA BERANG
SM IMTIAZ YT SETIU
SM IMTIAZ YT MARANG
SM IMTIAZ YT KUALA NERUS